Sabtu, 25 Julai 2015

Kota Larangan 2- Dewan Makan Kota Larangan




Angin semilir yang menderu lembut menjadikan suasana terasa dingin tetapi selesa. Kelihatan rambut Hang Tuah separas separas bahu itu terbuai-buai.

Kini dia dan rombongan dari Melaka dijemput ke Dewan tebuka di Istana larangan ini. Kelihatan Mamak Bendahara berkerut seribu keningnya boleh jadi risau dan bimbang kerana Maharaja China ini banyak  muslihatnya.

Suasana sepi tiba-tiba dikejutkan bunyi Gendang yang menandakan kedatangan Maharaja China kesemua sida-sida menunduk rapat ke tanah. Mahu tidak mahu Hang Tuah dan Rombongan dari Melaka juga tunduk membatu.

Kemudian kelihatan Dayang-dayang Istana sibuk mengangkat dan menghidangkan makanan salah satu adab kepada rombongan yang jauh.

Hang Tuah hanya tersenyum sinis melihat makanan di depannya semangkuk nasi putih dan kangkung yang direbus tanpa di potong. Mamak Bendahara hanya memandang dari ekor matanya. "Apa pula muslihat Laksamana kali ini," getusnya di dalam hati.

Kemudian terdengar suara arahan Huang Di menjemput makan, Canselor Maharaja itu ibarat Datuk Bendahara di dalam organisasi dalam Kerajaan Melaka. Saat inilah Hang Tuah menyepit sayur kangkung yang tidak in dipotong disebabkan panjangnya kangkung itu maka Hang Tuah mendongak sambil menyuap sayur itu ke dalam mulut.

Saat itu juga terdengar jeritan dari Huang Di mengarah pengawal Istana menangkap HangTuah. Adalah menjadi satu kesalahan besar dan boleh dihukum bunuh kerana melihat wajah Maharaja tanpa kebenaran. Saat pengawal istana meluru masuk ke dewan makan itu Hang Tuah bingkas bangun bersiap sedia dengan segala kemungkinan.  Wajah Pegawai-pegawai besar istana menjadi pucat tertunduk-tunduk sambil mengesot ke belakang. Tidak berani mengangkat kepala tanpa izin. Datuk Bendahara juga bingkas bangun sambil merenung tajam ke wajah Hang Tuah.

Keadaan menjadi tegang, " Wahai Hulubalang Melaka apakah engkau tidak tahu memandang wajah Maharaja tanpa izin adalah satu kesalahan besar di sini.", Tanya Huang Di dengan perasaan curiga. Dengan tenang Hang Tuah menjawab, "bagaimana dapat aku makan kangkung yang panjang ini dalam keadaan tertunduk begitu." Huang Di terpana tidak dapat menjawab soalan Hang Tuah itu, ya ada benarnya juga kata-kata Hang Tuah itu getus hatinya.

Di atas singgahsana itu Maharaja membisik sesuatu kepada Huang Di. Sejurus itu Huang Di berkata, "Disebabkan anda semua bukan sebarang rombongan Tuanku menarik kembali arahan bunuh ke atas Hang Tuah namun ianya bersyarat. Memandangkan Hang Tuah merupakan Laksamana Perang bagi Kerajaan Melaka maka Tuanku mahu mengadakan pertarungan antara Hang Tuah dan Panglima Perang yang terhandal di Negeri China ini. Jika Hang Tuah berjaya mengalahkannya maka selamatlah nyawanya jika tidak tuan-tuan maklum sendiri."

Hang Tuah mengangguk setuju, namun Datuk Bendahara antara manusia yang paling gusar ketika ini. Gusar bukan kerana jika Hang Tuah hilang nyawanya tetapi gusar jika Kerajaan China memutuskan persahabatan politiknya dengan Kerajaan Melaka.

Di luar kota larangan
--------------------------------------
Rupanya ada satu tempat khas yang di sediakan untuk pertarungan ini,  dari jauh Maharaja dan para sidanya duduk di tempat yang agak tinggi untuk melihat pertarungan tersebut, di sebelah kanan pula seluruh rombongan Melaka di berikan tempat,   Jelas di wajah mereka kelihatan bimbang, bimbang juga nyawa sendiri bakal melayang apakan tidak ini negeri orang, bila-bila sahaja nyawa boleh melayang.

Yang kelihatan tenang hanyalah Hang Kasturi keyakinannya pada Abangnnya Tuah tidak goyah. Masih segar di ingatannya bagaimana Hang Tuah mengamuk di Istana Majapahit tiada seorang pun perajurit Majapahit yang dapat menundukkannya.

"Namaku Hun Jia, aku merupakan Ketua Panglima Perang bagi Batalion Kuda Perang Merah,  dan Maharaja menggelarku Hei Long, Naga Hitam."

Matanya merah merenung Hang Tuah sebentar tadi Naga Hitam baru menanggalkan baju besinya, perlawanan ini biar adil itu sudah menjadi satu etika bagi mana-mana pahlawan. Hang Tuah seperti biasa memakai pakaian lengkap berbusana Melayu.

Sedari tadi Hang Tuah hanya tersenyum walaupun di hadapannya Pahlawan Naga ini seperti Harimau kelaparan.

"Namaku Tuah, Laksamana dari Kerajaan Melaka." Hang Tuah berbicara lembut.

"Semoga tiada siapa yang akan kehilangan nyawa pada hari ini.", lembut Hang Tuah berbicara.

Wajah pahlawan Naga yang berkerut seribu itu,  tiba-tiba berubah riak matanya membulat dengan kening yang terangkat,  nampak benar dia seperti terkejut.

Apakah kau tidak berniat membunuh ku, Tanya pahlawan naga setelah berjaya mengawal dirinya.

"Ya," jawab Hang Tuah pendek

"Bukankah kau tahu perlawanan ini mempertaruhkan nyawa." soal Hei Long. 

"Ya aku tahu dan itu merupakan harapan ku," balas Laksamana Hang Tuah.

Tiba-tiba semboyan perang berbunyi....

Bersambung 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan