Rabu, 27 September 2017

Abdul Raouf

"Guru!"
"Guru!"
"Maafin aku guru aku lambat tiba" Abdul Raouf kelihatan cemas.

Berkata Hang Jebat dalam keadaan lemah "kau telah berjanji untuk tidak hadir dalam keadaan begini Abdul Rauf"

Laksamana Hang Tuah memandang dengan rasa takjub makhluk yang berada di hadapannya. Keris Taming Sari masih kejap di pegang dipinggangnya.

"Maafin aku guru! Aku ngak bisa melihat guru dalam keadaan begini"


Matanya redup melihat Hang Jebat namun sesekali anak matanya menyala seperti api pelita.

#kotalarangantuah
#jebatdracula

Rabu, 20 September 2017

Pondok Usang


Lalu Hang Tuah mengalih pandangan pada mereka berdua. “ mengikut kiraan hamba tuan puteri kita perlu bergerak ke arah utara, Kota larangan berada di sana”

Serentak Puteri Ook Soo dan Sawol mengangguk membenarkan sahaja pandangan Laksamana Melayu itu. Hang Tuah kemudian membaca serangkap doa, memejam mata lalu menarik nafas dan menelan liurnya sendiri. Hampir tiga kali Hang Tuah melakukan perkara yang sama.

 Sawol dan Puteri Ook Soo melihat dengan rasa pelik. Namun tidak berani pula mereka bertanya apa yang sedang dilakukan oleh Laksaman Hang Tuah itu. Hang Tuah kemudian membaca doa yang pernah di ajar Nabi Muhammad saw. Habis sahaja membaca doa pendinding tersebut Hang Tuah berkata kepada mereka berdua “ Maafkan hamba tuan puteri adapun mengikut ilmu firasat hamba perjalanan yang akan kita ini tempuhi ini bukanlah semudah meneguk air, mungkin ada geruh yang perlu kita hadapi, tuan puteri.”

Mendengar sahaja kata-kata Hang Tuah itu,  Puteri Ook Soo yang kelihatan bimbang lalu berkata “ Jadi apa kiranya pandangan Laksamana. Perlukah kita meneruskan perjalanan ini?”

“Ya, lagi cepat kita sampai ke Kota Larangan adalah lebih baik” Jawab Hang Tuah pendek. Sambil membetulkan kain yang mengikat pinggangnya Hang Tuah kemudian berkata lagi

“ Janganlah dirisau tuan puteri, bertawakallah kita sepenuhnya kepada Allah dan meminta pertolongannya. Jika sudah dalam jagaan Allah maka tiada satu makhluk pun di atas muka bumi ini yang dapat memudaratkan kita” balas Hang Tuah

#kotalarangantuah
#jebatdracula

Gambar sekadar hiasan