Sabtu, 6 Oktober 2018

Pertemuan Berdarah


“ Adik! kau jangan masuk campur dalam urusan orang lelaki”, tegas Seriga Salji, 

"Berundur kau dari sini, si bangsat ini akan aku hapuskan pada hari ini" jerkah Serigala Salji lagaknya seperti telah dirasuk syaitan.

" Nyawa akan dibalas dengan nyawa, hutang darah perlu dibalas dengan darah." Serigala Salji memuntahkan segala yang terpendam dilubuk jiwanya selama ini.

Naga Hitam masih tertunduk lelah, nafasnya menderu laju. kudratnya hampir hilang.

"Jangan abang Xue Lang. Cukuplah!" Saat itu wanita itu memuka hud yang menutup kepalanya.

Sawol? Jerit Hang Tuah seakan tidak percaya gadis di depannya ialah tabib di Raja maharaja Chosun yang sama-sama dibawanya bersama puteri Ok Soo.

Hei Long yang dalam keadaan lemah mendongak perlahan cuba melihat wanita yang cuba menyelamatkan nyawanya.

Saat terpandang wajah wanita itu matanya membuntang bulat, mulutnya ternganga. Hei Long jatuh terduduk mengesot-ngesot berundur ke belakang, tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang.

 Benar-benar jiwa Hei Long dihambat perasaan yang mengejutkan. 
"Cik Lingjiao...Lingjiao ! mustahil kau telah mati arrggghhh... Hei Long menangis keras, tangisan yang keras mulai bernada merintih. 

Aku tidak berniat membunuh mu kekasih ku.




Selasa, 11 September 2018

Bahtera Siruss A'lamin berlayar gagah merentasi lautan. Hang Jebat yang menakhodai perjalanan kali ini. Namun sebelum bergerak daripada perlabuhan Bing Bing tadi hatinya tidak begitu tenang. 

Ilmu petanda yang dimiliki seperti memberi khabar yang tidak baik. Sebagai hamba Allah tidak ada tempat melainkan menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang mentadbir seisi langit dan bumi ini. 

Pantas Hang Jebat mengumpul anak-anak kapal termasuk sebahagian angkatan perang 313 yang akan mengikut berlayar bersamanya untuk pulang ke Melaka.

"Bersiap semua sebelum bertolak kita akan buat solat Dhuha dan diikuti solat hajat semoga perjalanan pulang ke Melaka mendapat perlindungan dan pertolongan daripada Allah swt" kata Hang Jebat memberi arahan.

Seusai mengimami solat sunat tersebut Hang Jebat mengalihkan tubuhnya ke arah awak² kapal. Masing-masing memberi tumpuan kepada Hang Jebat seperti ada hal penting yang hendak disampaikan.

Berkata Hang Jebat dengan nada yang lembut " Dengar kamu sekalian ingin aku ajarkan sedikit ilmu pendinding diri dari geruh yang mungkin terjadi, ingat dengan izinNya segalanya dapat di atasi.

Ikutilah bacaan ku ini. 

" QulhuAllahu ahad. Allahusomad. 

As-Somad,
As-Somad, 
As-Somad 
Lam yalid walamyulad walamyaqulahu kufuan ahad."

Allah Hayyu Ya Quyuum.
Allah Hayyu Ya Quyuum.
Allah Hayyu Ya Quyuum.

Hang Jebat kemudian memejamkan mata lalu menarik nafasnya dan menelan liurnya sendiri sambil memanjatkan doa pada Allah As-Somad.


Isnin, 12 Mac 2018

Bedar Sukma




Di hujung Bedar Sukma Hang Jebat melempar jauh renungannya. Kelebihan mempunyai daya lihat yang tajam memberi satu kelebihan kepadanya.

Ternyata kapal milik bangsa Siam itu sedang menyiapkan meriamnya dan di hala ke arah Bedar Sukma. Walaupun suasana cuma disinari cahaya bulan sabit tetapi Hang Jebat dapat melihat dengan jelas.

"Turunkan layar dan sauh" jerit Hang Jebat  kepada awak-awak kapal. Mereka menuruti tanpa banyak soal.  seketika Bedar Sukma bergerak perlahan dan berhenti.

"Apa ada geruhkah di hadapan kita abang Jebat?"soal Andika dalam nada cemas.

" Ya,nampak gaya kapal siam di hadapan itu mahu melanggar kita, bersiap sedia semua andainya pertempuran ini tidak dapat dielakkan" perintah Hang Jebat.

"Andika ingat jangan berbuat apa-apa sebelum abang berikan arahan." Tegas Hang Jebat memberi arahan.

Kesilapan dalam percaturan peperangan di laut boleh menyebabkan musibah yang besar itulah pengalaman yang pernah diraih satu ketika dahulu ketika berhadapan dengan kapal lanun di perairan Andaman.

Hang Jebat menutup kelopak matanya, mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu. Andika sejak dari tadi hanya memerhati dengan bersungguh-sungguh.

Sebaik kelopak mata Hang Jebat terangkat terdengar dengusan nafas "Hu Allah" diucapkan sepantas itu juga Hang Jebat berlari kencang lalu membuat lompatan dari anjung Bedar Sukma.

Andika berlari ke hadapan anjung pelik apabila tidak terdengar bunyi ceburan air. Ketika matanya sedang liar memerhati permukaan laut, saat itu baru Andika perasaan ada kelibat bayang yang bergerak pantas di atas air.

"Abang Jebat"...
-------------------------
Hang Jebat melompat tinggi  dan mendarat di atas meriam tersebut lagaknya seperti Rajawali mencari mangsa, dengan kuat Hang Jebat menepuk bahagian tengah meriam tersebut yang telah disasarkan ke arah Bedar Sukma.

Bukan main terkejut tentera-tentera siam yang sedang cuba menyalakan sumbu pada waktu itu.  Ada yang terundur ke belakang sehingga melanggar yang lain.

Saat itu juga Hang Jebat membuat balik kuang lalu menjunam ke permukaan laut dan hilang dari pandangan. Ketua angkatan perang siam berlari dihujung kapal dengan pemanah-pemanah tetapi yang mereka lihat hanya riak riak air sahaja. Pelik...

Hang Jebat berlari kencang di permukaan air. Saat hampir tiba pada Bedar Sukma dari hujung matanya  Hang Jebat sempat melihat seseorang berhud hitam sedang tegak berdiri di atas permukaan  air sambil merenung dirinya. Hang Jebat tidak mengendahkannya dan terus membuat larian kencang dan melompat tinggi ke atas Bedar Sukma.....

#kotalarangantuah

Kain Limar

#kotalarangantuah
#jebatdracula

Selepas puas bertari silat. Hang Tuah kembali berdiri. Mengawal kembali aturan pernafasannya.

Kain sampin yang mengikat pinggangnya ditanggalkan lalu dipegang dan direnung sesekali Hang Tuah meletakkan kain itu berdekatan indera baunya.

Bau harum yang ada pada kain itu tidak pernah berkurangan. Malam yang mencekam sunyi ini membawa deras ingatan Hang Tuah pada guru yang disayangi.

Puteri Oksoo dan Sawol yang tadi kelihatan cemas mula kembali tenang mereka duduk berdekatan sambil mata-masing-masing tidak lepas menatap kelakuan pelik Laksamana Melayu yang terbilang itu.

Puncak Gunung Ledang.
---------------------------------
" Anakanda Tuah dan Jebat. Malam ini merupakan malam-malam akhir kita bersama di sini. Sudah hampir kesemuanya segala keilmuan ku, aku ajarkan kepada kamu berdua.

Sudah begitu dekat masa untuk kita berpisah dan kamu berdua akan sama-sama berkhidmat pada Raja di bumi berdaulat ini.

Seketika Pendita Adi Putera membuka sebuah peti kayu yang cukup indah ukirannya. Sepasang kain yang begitu cantik dikeluarkan.

"Tiada barang  yang benar-benar berharga yang ada padaku untuk aku hadiahkan buat kamu berdua, hanya ini sahaja yang ada"

Inilah sepasang kain Limar...........

(belum edit)

he he he selamat membaca

Khamis, 4 Januari 2018

"Mengalir difikiran hamba dua peristiwa yang lucu pada mata sebahagian orang tetapi menjadi luka berdarah lalu berdendam rasa pada segelintir yang lain.
Semasa hamba baru berumur belasan tahun satu rombongan Di raja dari Tanah Jawa mengunjungi Melaka hamba dan sahabat yang lima disuruh sultan untuk menyambut anak raja tersebut, Raden Wira Nantaka namanya.
Malam itu Yang Mulia Sultan memerintahkan hamba membuat pertunjukan bermain tombak olok-olok dengan Patih Karma Wijaya.
Hambanya pun bermain suka-suka sahaja tetapi apabila banyak tikaman Patih Karma Wijaya dapat hamba selisihkan makin lama makin kasar pula permainannya.
Mahu tidak mahu malam itu hamba berjaya mengalahkan Patih Karma Wijaya. Sultan bangun bertepuk tangan termasuk rombongan yang hadir.
Patih Karma Wijaya juga tersenyum gembira namun jauh disudut hati hamba dari ekor matanya hamba tahu dia sebenarnya tidak berpuas hati terhadap hamba, yang akhirnya menaruh dendam.
Padanya mana mungkin seorang bekas menteri perang Lasem dari Tanah Jawa boleh alah dengan anak muda belasan tahun ini" bicara Laksamana Hang Tuah dengan nada kesal.