"Mengalir difikiran hamba dua peristiwa yang lucu pada mata sebahagian orang tetapi menjadi luka berdarah lalu berdendam rasa pada segelintir yang lain.
Semasa hamba baru berumur belasan tahun satu rombongan Di raja dari Tanah Jawa mengunjungi Melaka hamba dan sahabat yang lima disuruh sultan untuk menyambut anak raja tersebut, Raden Wira Nantaka namanya.
Malam itu Yang Mulia Sultan memerintahkan hamba membuat pertunjukan bermain tombak olok-olok dengan Patih Karma Wijaya.
Hambanya pun bermain suka-suka sahaja tetapi apabila banyak tikaman Patih Karma Wijaya dapat hamba selisihkan makin lama makin kasar pula permainannya.
Mahu tidak mahu malam itu hamba berjaya mengalahkan Patih Karma Wijaya. Sultan bangun bertepuk tangan termasuk rombongan yang hadir.
Patih Karma Wijaya juga tersenyum gembira namun jauh disudut hati hamba dari ekor matanya hamba tahu dia sebenarnya tidak berpuas hati terhadap hamba, yang akhirnya menaruh dendam.
Padanya mana mungkin seorang bekas menteri perang Lasem dari Tanah Jawa boleh alah dengan anak muda belasan tahun ini" bicara Laksamana Hang Tuah dengan nada kesal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan