Isnin, 12 Mac 2018

Bedar Sukma




Di hujung Bedar Sukma Hang Jebat melempar jauh renungannya. Kelebihan mempunyai daya lihat yang tajam memberi satu kelebihan kepadanya.

Ternyata kapal milik bangsa Siam itu sedang menyiapkan meriamnya dan di hala ke arah Bedar Sukma. Walaupun suasana cuma disinari cahaya bulan sabit tetapi Hang Jebat dapat melihat dengan jelas.

"Turunkan layar dan sauh" jerit Hang Jebat  kepada awak-awak kapal. Mereka menuruti tanpa banyak soal.  seketika Bedar Sukma bergerak perlahan dan berhenti.

"Apa ada geruhkah di hadapan kita abang Jebat?"soal Andika dalam nada cemas.

" Ya,nampak gaya kapal siam di hadapan itu mahu melanggar kita, bersiap sedia semua andainya pertempuran ini tidak dapat dielakkan" perintah Hang Jebat.

"Andika ingat jangan berbuat apa-apa sebelum abang berikan arahan." Tegas Hang Jebat memberi arahan.

Kesilapan dalam percaturan peperangan di laut boleh menyebabkan musibah yang besar itulah pengalaman yang pernah diraih satu ketika dahulu ketika berhadapan dengan kapal lanun di perairan Andaman.

Hang Jebat menutup kelopak matanya, mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu. Andika sejak dari tadi hanya memerhati dengan bersungguh-sungguh.

Sebaik kelopak mata Hang Jebat terangkat terdengar dengusan nafas "Hu Allah" diucapkan sepantas itu juga Hang Jebat berlari kencang lalu membuat lompatan dari anjung Bedar Sukma.

Andika berlari ke hadapan anjung pelik apabila tidak terdengar bunyi ceburan air. Ketika matanya sedang liar memerhati permukaan laut, saat itu baru Andika perasaan ada kelibat bayang yang bergerak pantas di atas air.

"Abang Jebat"...
-------------------------
Hang Jebat melompat tinggi  dan mendarat di atas meriam tersebut lagaknya seperti Rajawali mencari mangsa, dengan kuat Hang Jebat menepuk bahagian tengah meriam tersebut yang telah disasarkan ke arah Bedar Sukma.

Bukan main terkejut tentera-tentera siam yang sedang cuba menyalakan sumbu pada waktu itu.  Ada yang terundur ke belakang sehingga melanggar yang lain.

Saat itu juga Hang Jebat membuat balik kuang lalu menjunam ke permukaan laut dan hilang dari pandangan. Ketua angkatan perang siam berlari dihujung kapal dengan pemanah-pemanah tetapi yang mereka lihat hanya riak riak air sahaja. Pelik...

Hang Jebat berlari kencang di permukaan air. Saat hampir tiba pada Bedar Sukma dari hujung matanya  Hang Jebat sempat melihat seseorang berhud hitam sedang tegak berdiri di atas permukaan  air sambil merenung dirinya. Hang Jebat tidak mengendahkannya dan terus membuat larian kencang dan melompat tinggi ke atas Bedar Sukma.....

#kotalarangantuah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan