BAB 15: PERTEMUAN
RAHSIA II
sekadar hiasan: sumber google |
“Kini beta ingin memohon buah fikiran para
hadirin di sini adakah harus diteruskan rancangan perkhawinan ini atau
bagaimana? soal Maharaja kepada semua
yang dijemput hadir. Masing-masing terdiam,kerisauan terpancar pada wajah
menteri-menteri kerajaan Ming. Semua mereka yang hadir maklum keputusan yang
bakal dibuat melibatkan nyawa dan kedaulatan negara lain. Tidak semena-mena
terdengar suara milik Cheng Di, conselor Maharaja memberi pandangan
“ Kita batalkan sahaja perkhawinan ini tuanku,
apa gunanya perkhawinan ini jika ianya akan menghilangkan banyak nyawa.” Cheng
Di menyatakan pandangannya. Walaupun pandangan itu ibarat menyanggah dengan apa
yang berlaku sekarang, namun Maharaja Ming adalah seorang Maharaja yang baik dan
adil segala pandangan akan didengari terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan
itu diambil.
“Bagaimana pandangan Datuk Bendahara Tun
Perak pula?” tanya Maharaja sambil melemparkan senyumannya kepada Bendahara Tun
Perak.
Tersentak seketika Datuk Bendahara apabila
Maharaja meminta buah fikirannya. Sungguh tidak disangka kehadirannya disitu
memang dianggap penting.
“Ampun tuanku, pada pandangan patik adalah lebih
baik diteruskan perkhawinan ini, kerana ianya akan menguatkan lagi kuasa
kerajaan Ming dibawah naungan tuanku, malah hubungan antara negara akan lebih erat
dan kuat, kekuatan dua negara ini akan menjadikan negara-negara lain menjadi
gerun untuk membuat onar malah akan
lebih menghormati kedaulatan kerajaan tuanku. Kami dari negeri Melaka berbesar
hati untuk taat setia dan membantu tuanku dalam hal ini.” Lunak suara Datuk
Bendahara bertutur sebagaimana mengadap Sultan Melaka.
Maharaja tersenyum dan mengangguk atas
saranan Datuk Bendahara. Menteri-menteri kanan Kerajaan Ming juga majoritinya
bersetuju dengan pandangan Datuk Bendahara. Tengah hari itu mesyuarat dengan
Maharaja Ming selesai tanpa ada kata putus dari Maharaja sendiri, namun ketika
semua mahu beredar dari bilik khas itu, Datuk Bendahara telah diberi sekeping
kertas secara rahsia oleh seorang menteri kanan ketika berjabat tangan dengan
Datuk Bendahara.
Malam ini jam 12.00 malam di Istana
Khas DiRaja. Hanya Datuk Bendahara dan Datuk Laksamana Hang Tuah sahaja.
Datuk Bendahara membaca nota yang tertulis
di atas kertas berbentuk burung hantu yang berwarna kuning emas itu. Tiba-tiba
rasa cemas menyelubungi jiwa tuanya itu. “apakah maksudnya semua ini?” gumam
Datuk Bendahara kepada dirinya sendiri.
Malam itu hadir seorang pengawal khas Diraja
yang berpakaian serba hitam wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi sejenis jubah berhud.
Terbongkok-bongkok dia di hadapan Datuk Bendahara sambil membawa tanglung yang
cahayanya suram sahaja untuk menunjukkan jalan ke Istana Khas Diraja,
Istana Khas Diraja ini merupakan sebuah
istana yang terpisah dari Istana Besar malah bukan sebarang orang hatta
menteri-menteri kerajan Ming yang boleh masuk ke situ. Istana ini dikawal rapi
oleh pengawal khas Diraja dan indentiti mereka ini begitu rahsia hanya Maharaja
sahaja yang tahu mengenai mereka. Pengawal-pengawal ini amat digeruni oleh
menteri-menteri dan sida-sida, kerana mereka ini ibarat pembunuh misteri. Sudah
beberapa orang menteri yang hilang dari istana ini tanpa dapat dikesan dan
kebanyakkan mereka memang diketahui mempunyai reputasi yang buruk, penerima
rasuah dan suka menyalah guna kuasa yang diberikan.
Laksamana Hang Tuah mengekori dari
belakang, jelas kelihatan di matanya kegalauan yang terpancar diwajah Datuk Bendahara.
“ “Ayahanda Bendahara”, lembut suara Hang Tuah menyeru Bendahara Melaka itu.
“usahlah ayahanda terlalu risau, hamba akan
berusaha untuk melindungi ayahanda, jika baik datangnya baiklah kita
menerimanya, jika buruk datangnya maka dengan nyawa dan darah kita menyambutnya.”
Ujar Hang Tuah untuk menenangkan Datuk Bendahara.
Mendengar kata-kata itu, Datuk Bendahara
berhenti melangkah lalu dipandang wajah Laksamana Hang Tuah dengan senyuman.
Dia tahu Hang Tuah ingin menenang perasaannya kala ini. Hang Tuah sudah ibarat
anaknya sendiri.
“ Hendak ucok dilawan damai, hendak perang
digiling peluru” Tiba-tiba Datuk bendahara bersuara kepada Hang Tuah. Hang tuah
pantas tersenyum dengan kata-kata itu sambil mengangguk perlahan.
Bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan