Kota Larangan 4-
(Pedang Shi Quan Li De Rong Yao/ 十权力的荣耀 Glory Of Ten Power)
Wahai Laksamana Melaka, pukulan ku itu tadi berisi besi waja, namun tidak memberi kesan sikit pun kepada mu. Ini benar-benar mengejutkan aku." Kata Hei Long sambil merenung Hang Tuah.
"Marilah kita teruskan lagi pertarungan ini, masih ada banyak perkara lagi belum aku tunjukkan. Kata Hei Long dengan nada sombong.
Hang Tuah seperti tadi tersenyum, kemarahan boleh menghancurkan diri.
Kali ini Hang Tuah membuat keputusan untuk membuat serangan dahulu. Jarang dalam Dunia Persilatan Melayu, seorang pendekar mahupun hulubalang memilih untuk membuat serangan dahulu.
kerana falsafah utamanya ialah untuk membela diri dan bersilaturahim. Namun apabila keadaan terpaksa ianya akan menjadi Ilmu perang yang sukar untuk ditelah.
Hang Tuah berlari kencang. Sampai di hadapan Hei Long Hang Tuah bertapak kelek. Serangan tumbukan pintal tali dan pancung dayung di sasar ke muka dan leher. Hei Long tangkas menangkis apabila jarak semakin dekat permainan siku menjadi pilihan Laksamana serangan yang keras itu menyebabkan kedudukan Hei Long tergugah.
Hang Tuah mula membuat serangan siku kemuka bertalu talu namun dalam keadaan tidak di jangka itu Hang Tuah turun menjunam membuat serangan siku di bahagian rusuk dan dada. Hei Long tertolak ke belakang beberapa langkah, dalam kesempatan yang jarang diperolehi Hang Tuah membuat serangan bagaikan angin ribut, pukulan tidak bermalam singgah di muka dan dada Hei Long.
Hei Long terpelanting ke belakang dalam keadaan berguling-guling, debu-debu tanah melekat di baju dan rambutnya.
Dalam keadaan tertunduk Hei Long mula bangun dengan perlahan lalu berdiri tegak memerhati Hang Tuah.
Senyumannya sinis dengan mata yang memerah.
Kali ini baru terdengar sorakan dan tepukan rombongan dari Melaka, Dato Bendahara tersenyum bangga. Hang Kasturi sedari tadi tidak begitu gembira, pertarungan ini pertarungan nyawa. Dia amat risau salah seorang daripadanya akan kehilangan nyawa padahal matlamat mereka ke sini ialah menjalin persahabatan antara dua negara besar.
" Sungguh pukulan Laksamana begitu keras, namun sedikit pun tidak dapat mencederakan aku." Bicara Hei Long Si Naga Hitam dengan angkuh.
Naga Hitam bergerak ke sudut kanan kawasan pertarungan tersebut, kali ini benar-benar di luar jangkaan Hang Tuah. Di sana rupanya terpacak sebilah pedang, Naga Hitam pantas mengambil pedangnya.
(Pedang Shi Quan Li De Rong Yao/ 十权力的荣耀 Glory Of Ten Power)
Senyumannya sinis dengan mata yang memerah.
" Apakah hanya ini yang dimiliki oleh Laksamana Melaka?" Bentak Hei Long. Hang Tuah hanya berdiam diri dia tahu Hei Long sedang membakar amarahnya.
Melihat situasi ini seluruh rombongan Melaka sepi membisu bagai meratap kematian.
" Anakanda Kasturi nampaknya Laksamana Hei Long memiliki kesaktian yang menjadikan tubuhnya kebal." tutur Dato Bendahara dalam keadaan gelisah.
"Ya, Ayahanda kita ingatkan hanya di Majapahit mempunyai kesaktian sebegini namun tidak kita sangka, Laksamana di Benua China ini juga mempunyai kesaktian begini.' jawab Hang Kasturi sambil merenung ditempat pertarungan.
" Apa bicara mu lagi wahai anakanda Kasturi?' Tanya Dato Bendahara dalam keadaan risau.
"Ayahanda Bendahara adapun kita juga risau dalam keadaan begini, Sundang yang dipegang oleh Abang Tuah bukanlah sebarang Sundang. Sundang itu ditempa oleh seorang tua dari Tanah Bugis, Sundang itu diadun dengan 7 jenis besi malah salah satunya campuran sundang itu ialah sejenis batu yang jatuh dari langit. Malah telah di tapakan selama dua puluh satu hari." cerita Hang kasturi kepada Dato Bendahara.
"Apakah benar bicara mu ini wahai Kasturi?' Soal Dato Bendahara memohon kepastian.
"Ya Ayahanda, Abang Tuah yang menceritakan kepada kita rahsia Sundangnya itu kerana itu kita diberi kepercayaan untuk menjaganya tadi." Jawab Hang Kasturi.
Cheng Di dan sida-sida Maharaja bertempik gembira, Maharaja juga bertepuk tangan memberi sokongan kepada Laksamananya yang terhebat, Maharaja tahu Laksamananya mempunyai kesaktian yang aneh kerana itu Maharaja pernah menghantar Hei Long untuk menumpaskan musuh negara Ryuku di Jepun. Kehebatannya menjadi kegerunan bagi negara-negara lain sekitar Negara China itu.
Di Lapangan Tempur
_________________
Ha! Ha! Ha! ketawa terbahak-bahak Laksamana Hei Long belum kedengaran mahu berhenti sengaja dia berbuat demikian untuk menyakiti hati Laksamana Hang Tuah, permainan psikologi begini juga salah satu senjata. Jika amarah menguasai minda maka kemenangan akan diperolehi dengan mudah.
Hang Tuah meletak lutut kanannya di tanah Sundangnya dipacak ke tanah, mulutnya membaca sesuatu menyerah diri kepada Allah yang satu.
Hang Tuah mula membaca serangkap doa
"Dikumpul segala besi lalu dilembutkan dengan Nur Muhammad saw, Dengan Kebenaran"...
Bersambung.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan