Rabu, 29 Julai 2015

Kota Larangan 3

Semboyan perang telah berbunyi

Hei Long mula mengatur langkah, tangannya di hadapan di genggam kuat. Kakinya melangkah bersilang-silang.

Hang Tuah menepuk tangannya sambil menyedut nafas, zikir gerak mula di dendang di dalam hati, di satukan segala pancaindera dan memohon kepada Allah agar  dibukakan pencaindera ke enam. Masih segar diingatannya pesan Pendeta Persantanala " jangan sekali-kali memandang rendah pada kekuatan lawan kerana itu akan membawa kekalahan dan kehancuran."

Pertarungan bermula Hei Long memulakan serangan. Pukulan tangannya begitu pantas sesekali tujahan sepakan dihantar ke bahagian kepala Hang Tuah. Hang Tuah mula mengatur langkah mengelak. Gerakan kaki yang berjinjit menyebabkan pergerakkan tubuh semakin laju. Buat masa ini belum ada satu pukulan yang hinggap di tubuh.

Hei Long mula terbau kehebatan Laksamana dengan gerakkan yang sebegitu jika penjurit yang lain telah lama tersungkur ke bumi tetapi tidak bagi Laksamana dari Tanah Melayu ini.

Seketika Hei Long menghentikan serangan dipejamkan mata sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba dia bertempik keras matanya merah seperti biji saga.

Kali ini serangan Hei Long lebih pantas malah tangannya kelihatan berbayang-bayang.  Raut wajah Hang Tuah berubah ketenangannya dalam pertarungan agak tergugat.

Hang Tuah sedaya upaya mengelak serangan tangan yang berbayang itu tangkisan yang di lakukan kadangkala seperti hanya menangkis angin. Dalam keadaan yang agak tidak terkawal itu dua tumbukan padu singgah di dada Hang Tuah. Cepat-cepat Hang Tuah mengurut dadanya dalam bentuk Lam alif terbalik.

Sida-sida dan Huang Di bertempik gembira kali ini serangan Laksamana Hei Long mengenai sasaran namun Maharaja hanya tersenyum sinis beliau belum berpuas hati. Beliau tahu ayam tambatannya itu hanya baru bermula menunjukkan kehebatannya.

Hang Kasturi bingkas bangun dari silanya, raut wajahnya nampak cemas bertapak dia selangkah dua kehadapan untuk melihat dengan lebih jelas apa yang telah berlalu. Kelakuan itu juga mengejutkan Dato Bendahara.

"Apa yang telah berlaku wahai Kasturi.?" Tanya Dato Bendahara dengan nada cemas.

Dengan suara yang perlahan Hang Kasturi menjawab " adapun pihak lawan bermain muslihat Ayahanda, pukulan itu pukulan berbisa."

Dato Bendahara kurang faham dengan penerangan itu dalam hatinya berkata-kata "masakan pukulan biasa itu boleh mendatangkan mudarat pada Laksamana terulung itu,mustahil!."

Hei Long memberhentikan serangan, "sungguh ini di luar jangkaan ku, jika pendekar lain sudah pasti saat ini sudah bermuntahkan darah hidup, telah ramai pendekar-pendekar hebat yang tersungkur dengan pukulan ku ini." Kata Hei Long sambil menggenggam kembali tangannya.

Hang Tuah hanya tersenyum dalam diam Hang Tuah kembali mengatur nafas nya.

Bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan