" Ini bicara ilmu sejengkal. Akan ku nukilkan asal usulnya. Adapun ilmu sejengkal ini bermulanya ia dari pusat perutmu di jengkal guna jari kananmu.
Mengapa mulanya di pusat perutmu? Kerana di sana bermulanya kamu. Itulah berpintal tali pusatmu yang dahulunya sambung menyambung kepada ibumu. Tinggal kamu di situ sehingga kiraan waktu, sembilan purnama berada di situ di tempat gelap, di tempat sunyi tetapi Selamat dan kuat maka itu di sebut rahim ibumu.
Maka adapun begitu maka lihat lah akan pusatmu itulah luka itulah parut yang tiada hilang walau ditaruh seribu obat seribu penawar. Maka tetaplah parut itu sampai tiba ajalmu.
Maka ingatlah wahai anak didik ku maka jangan sekali-kali kamu menderhakai ibumu. Kerana parut pusat itu patut mengingatkan kamu setiap hari pada ibumu hatta waktu mandi mu, maka segulung doa dan sedulang Al-Fatihah wajib kau kirimkan pada ibumu. Kerana itu, kamu wahai anak didik ku ,wajib mentaati ibumu. Kerana itu seru dan perintah dari Allah Tuhan yang satu.
Maka akan kerana itu bersusur galur pula petua dan ilmu yang lain maka akan tiba ilmu itu di namakan ilmu sarung fatihah ilmu balang dalam balang dan ilmu gerak di dalam bayang.
Maka bagaimana pula keadaan ibumu maka berpintal bersambung pula dengan ayahmu......."
Bulat mata lendir ku apabila mendengar bicara Pak Ku kali ini, bahasanya seperti bahasa lama tetapi aku masih faham. Sekilas aku menjeling Arissa di sisi ayahnya tampak dia sedang khusyuk mencatat isi tazkirah ayahnya di Tablet Samsung 10.1 miliknya sesuatu yang aku jarang lakukan ketika mendengar bicara Pak Ku.
"Nampaknya aku kena berlajar sesuatu dari gadis berdarah kacukan Arab-Melayu ini."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan