Kota Larangan
Dalam
keadaan cemas Laksamana Hang Tuah mengendong Puteri Oksoo, Sawol pengiring
Puteri Oksoo menurut dari belakang larian mereka semakin kencang, khuatir
penduduk yang mempunyai kepercayaan yang pelik mengejar mereka. Sebentar tadi
ketua puak asli itu tewas ditangan Hang Tuah.
Namun
dalam pertarungan itu Puteri Oksoo telah tercedera bahu kirinya terkoyak kerana
dilibas dengan sebilah sabit, darah masih membuak-buak keluar dari bahunya. Hang
Tuah dengan berhati-hati membaringkan Puteri Oksoo di perdu pokok oak . Sawol
dengan pantas cuba memberi rawatan kepada Puteri Oksoo.
Dalam
keadaan hairan Sawol berkata kepada Laksamana Hang Tuah,” Wahai Laksamana,
hamba tidak tahu apa yang terjadi, jika dilihat senjata yang terkena pada tuan
puteri tidak diletakkan sebarang racun
namun lukanya seperti tidak mahu memberhentikan darah.”
Sesekali
Sawol selaku tabib diraja yang mengiringi Puteri Oksoo mengelap darah yang
mengalir dengan sehelai kain khas dari istana. Kain ini jka diletakkan pada
luka yang mengalirkan darah ianya dapat memberhentikan darah. Jika ada racun ia
akan menyerap sekali racun tersebut. Namun darah puteri Oksoo masih mengalir.
Sesekali diletakkan kain tersebut berhampiran hidungnya untuk memastikan
telahannya itu betul. Tiada sebarang racun.
Hang
Tuah menghampiri mereka berdua.
Puteri
Oksoo cuba menggagahi dirinya untuk bangun, “ aku tidak mahu mati di sini,
Sawol.”
Mendengar
sahaja kata-kata itu, Sawol pantas menggengam tangan Puteri Ok Soo sambil menyandarnya
diperdu pokok Oak tersebut.
“
Jangan bimbang tuan puteri, hamba akan sedaya upaya akan merawat tuan puteri,
itulah janji hamba pada tuanku.” Matanya lendirmya mula basah. Puteri Oksoo
sudah dianggap sebagai kakaknya. Semenjak kecil dia tidak pernah dilayan
seperti seorang hamba, baik dari maharaja mahupun sang puteri sendiri, kerana
itu dia sanggup membuat apa sahaja untuk tuan puteri hatta menggadai nyawanya
sendiri. Hutang budi di bawa mati itulah prinsip yang dipegang sekian lama.
Sawol
bingkas bangun. Puteri Oksoo dalam keadaan lemah mengenggam jari-jemari Sawol,
“Sawol, kau mahu ke mana? jangan tinggalkan aku keseorangan di sini.”
“
Tuan puteri hamba perlu mencari beberapa jenis tumbuhan yang boleh
memberhentikan darah tuan puteri, boleh jadi dalam hutan yang sebegini tebal
ada tumbuhan-tumbuhan begitu.” Sawol mula cemas, dia tidak mahu kehilangan
Puteri Oksoo.
Dalam
suara yang tersekat-sekat Puteri Oksoo berkata,” Aku tidak izinkan Sawol, aku
mahu kau tetap di sini.”
Hang
Tuah sejak dari tadi memerhati mereka mula mendekat, “biarlah hamba membantu
boleh jadi ikhtiar hamba ini ada gunanya.” Sawol mengangguk pantas. Puteri
Oksoo cuba mengukir senyuman, dia langsung terlupa Laksamana Hang Tuahlah yang
telah menyelamatkannya sebentar tadi.
Hang
Tuah mendongak ke langit melihat sinaran matahari yang memancar ternyata
matahari berada tegak di atas kepala. Hang Tuah berkira-kira kemungkinan ini
waktu rembang kerana itu darah sukar untuk diberhentikan waktu ini. Itulah ilmu
yang pernah dipelajarinya satu ketika dahulu di Gunung Ledang, ilmu perdaran
darah dan masa.
Hang
Tuah membaca sesuatu, habis sahaja membaca serangkap doa lalu dimasukkan ibu
jarinya ke langit mulut, tujuannya untuk mengambil sedikit air liur yang berada
di langit mulutnya. Kemudian ibu jarinya diletakkan dibahu Puteri Oksoo yang
masih mengalirkan darah.
Lalu
dibaca ayat “ Tabbat yada abi lahabiu watab” sambil menarik nafas lalu ditekan
ibu jari tersebut ke atas luka puteri Oksoo. Berkerut kening puteri Oksoo
menahan sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan