BAB 12: JELMAAN SYAITAN
Praang!...Bekas air yang dipegang oleh pembantu
tabib diraja terlepas dari tangan dan hancur diatas lantai. Hang Tuah pantas
memandang wajah pembantu tabib yang kelihatan sangat pucat, mulutnya ternganga
tanpa suara dan gadis itu terundur-undur ke belakang dalam keadaan
menggigil. Pada masa yang sama tabib diraja juga berkelakuan seperti itu
memandang wajah Hang Tuah dengan cemas tanpa suara.
Ketika inilah Hang Tuah terasa ada sambaran angin
panas yang menerpa pantas dari belakangnya. Sekilat HangTuah mengelak sedikit
kepalanya ke kiri, dari hujung matanya Hang Tuah dapat melihat satu cakaran
dengan kuku hitam yang panjang tersasar serangannya, pantas Hang Tuah menangkap
pergelangan tangan tersebut lalu membuat pukulan siku kanan ke rusuk penyerang
curi tadi, hentakkan yang kuat menyebabkan penyerang curi terpelanting dan
terseret ke dinding.
Ketika ini barulah Hang Tuah dapat berhadapan
dengan penyerang tersebut, agak mengejutkan juga Laksaman Hang Tuah apabila
didapati penyerang tadi seorang perempuan dengan memiliki rambut yang panjang
sehingga ke mata lututnya, lebih aneh keseluruhan rambutnya menutupi wajah.
Kini perempuan aneh tersebut berdiri tegak berhadapan dengan Laksaman Hang
Tuah, sungguhpuh Hang Tuah tidak dapat melihat wajah disebalik rambut yang
panjang itu Hang Tuah yakin wanita itu sedang memerhatikannya dengan perasaan
marah.
sumber gambar :google sekadar hiasan |
Perempuan aneh itu mula merunduk ke bawah, kedua
tangannya diletak ke lantai. Sekali lagi Hang Tuah dihambat rasa pelik apabila
wanita aneh itu bergerak mundar mandir ke kiri dan ke kanan dalam keadaan
merangkak, rambutnya yang panjang mengurai di atas lantai, lagaknya
seperti seekor dubuk yang kelaparan. Lama dia dalam keadaan begitu Hang Tuah
hanya memerhatikan sahaja tiba-tiba tanpa di duga perempuan itu
berlari kencang ke arah Hang Tuah sungguhpun dia bergerak dengan berkaki
empat namun pergerakkannya pantas. Perempuan tersebut melompat melepasi kepala lalu
menerkam ke arah Hang Tuah, Hang Tuah meruduk dan berguling ke sisi kanan,
terkaman perempuan berambut panjang itu
tersasar namun belum sempat Hang Tuah bangun mengatur nafas, lehernya terasa
perit diikat sesuatu ketika ini Hang Tuah baru menyedari lehernya telah
terlilit dengan rambut panjang perempuan itu, sepantas itu juga perempuan aneh
tersebut menggerakkan kepalanya dan menghempas Hang Tuah ke dinding rumah rawat
tersebut, beberapa papan kayu dirumah rawat tersebut kelihatan terkopak, hempasan
itu benar-benar kuat.
Serasa seperti seluruh tulang-temulang Hang Tuah
bagai dipatah-patah Hang Tuah berusaha untuk bangun dalam keadan bersusah
payah. Dalam keadaan tubuh yang masih tidak seimbang itu Hang Tuah sempat
melihat perempuan tersebut melancarkan lagi serangannya, sekali lagi kepalanya
digerakkan dan serta merta juga rambut perempuan itu tiba-tiba memanjang menghala
ke arah Laksamana Hang Tuah, Laksamana Hang Tuah pantas mengangkat tangan
melindungi bahagian lehernya, Hang Tuah tahu sasaran wanita tersebut ialah
batang lehernya, ketika ini tangan kiri Hang Tuah terlilit dengan rambut perempuan
tersebut sekali lagi perempuan tersebut menyentap dan cuba untuk menghempas hulubalang
Melayu itu, namun sekali ini Hang Tuah berjaya membuat balik kuang dan jatuh
dalam keadaan berkuda kuda serentak itu Hang Tuah mencabut keluar keris Taming sarinya
dan mencantas rambut yang melilit tangannya, rambut perempuan itu putus dan berselerakkan
di atas lantai tetapi sesuatu yang aneh kembali terlihat apabila rambut perempuan
aneh yang putus itu bergerak ke arah perempuan tersebut dan kembali
bersatu dengan dirinya. Rambut itu seperti hidup dan tahu akan tuannya.
Perempuan aneh itu sudah berhenti menyerang dia
kini berdiri tegak dengan rambut yang masih menutupi wajahnya. Laksamana Hang
Tuah kembali mengatur nafas sesedut, bersiap siaga- nasihat sang guru satu
ketika dahulu tidak pernah dilupainya, dalam dunia kependekaran setiap musuh
yang dihadapi jangan pernah dilihat dengan “sebelah mata” kalau tidak
kesombongan akan menguasai jiwa lalu segala ilmu firasat akan menjadi tawar.
Tabib dan pembantunya cemas dengan apa yang berlaku
dihadapan mata mereka. Mulut mereka bagaikan terkunci mereka tidak pasti
makhluk apa yang sedang bertarung dengan Laksamana dari bumi Melayu ini, jembalang
dari gunungkah atau manusia yang gila?
Dengan tidak semena-mena sekali lagi perempuan itu
berlari kencang ke arah arah Hang Tuah, Hang Tuah sudah kejap memegang Taming Sarinya
bersedia membuat tikaman kilat, namun ketika hampir dengan Hang Tuah wanita itu
secara tiba-tiba melompat dan menukar haluan lariannya menghala ke arah dinding,
perempuan tersebut sekali lagi mengejutkan tabib diraja dan Hang Tuah apabila
boleh merangkak ke arah dinding dan melekat di atas syiling, kaki dan tangannya
seperti cicak pada waktu ini.
Dalam keadaan terbalik di atas siling wanita
tersebut sekali lagi membuat serangan, rambutnya dilibas, namun kali ini bukan
ke arah Hang Tuah tetapi ke arah pembantu tabib diraja. Rambutnya yang panjang
melilit leher pembantu tabib diraja dengan kasar perempuan tersebut merentap
rambutnya, kini pembantu tabib tergantung dengan leher yang dijerut. Pembantu
tabib mengelupur dalam keadaan tergantung kesukaran bernafas menyebabkan
wajahnya menjadi pucat dan biru, melihat keadaan yang cemas itu Hang Tuah cuba
untuk menyelamatkan pembantu tabib, namun belum sempat Hang Tuah mencantas
rambut perempuan aneh yang melilit pembantu tabib diraja perempuan aneh itu
lebih awal menghempas pembantu tabib ke arah dinding. Jeritan keras bergema memenuhi
ruang rumah rawat tersebut, pembantu tabib jatuh tergeletak dan
memuntahkan darah hidup. Hang Tuah dan Tabib diraja menerpa ke arah pembantu
tabib kelihatan gadis itu dalam keadaan sangat nazak, Tabib diraja memangku
pembantunya dan ketika itu pembantu tabib telah menghembuskan nafasnya yang
terakhir - terdengar tangisan yang cukup menghiba dari Tabib diRaja.
Situasi yang tidak dijangka itu menyebabkan Hang
Tuah terpegun seketika, ketika inilah baru Hang Tuah perasan perempuan berambut
panjang tadi sedang berdiri di sisi Hei Long.
Kukunya tiba-tiba menjadi lebih panjang dan tajam. Perempuan itu
mendongak ke atas tidak semena-mena tingkap rumah rawat terbuka dengan sendiri
angin kencang menerpa wajah wanita tersebut saat ini rambutnya yang panjang
mengerbang ke belakang. Hang Tuah dan Tabib diraja dihambat rasa terkejut bukan
kepalang wajah wanita itu begitu hodoh dan menakutkan matanya merah bagai biji
saga ada taring bagai taring babi dimulutnya.
Saat ini perempuan aneh itu menjerit dengan nyaring
dan mahu membenamkan kukunya ke dada Hei Long. Melihat situasi yang cemas dan
mendesak itu Hang Tuah yakin dia tidak akan sempat bergerak untuk menyelematkan
Hei Long walaupun dengan menggunakan “gerakkan guruh” , benar-benar nyawa Hei Long
bagai dihujung tanduk sekarang....
Bersambung.....
akhirnya..dpt jugak baca sambungan yg di nanti..
BalasPadamAlhamdulillah
PadamTerima kasih Tuan Shamsul hairi kerana sudi membaca cerita yang tidak seberapa ini.