BAB 9 : KUIL LAMA
Habis berkata kata separa berbisik Sami Sampoo menunjukkan ke satu
arah di sudut kuil tersebut dengan tangan yang terketar ketar. Seketika itu
juga tangannya jatuh terkulai. Nyawanya telah diragut Malaikat maut.
Kwon Lun meraung kuat tidak disangka gurunya mati dalam keadaan
mengejut begitu. Ketika esakkannya semakin perlahan dia kembali melihat ke arah
sudut di dalam kuil yang ditunjukki oleh mendiang gurunya suasana suram yang
hanya di terangi dengan cahaya lilin di dalam kuil itu menyukarkan matanya
untuk melihat, apa sebenarnya yang berada di sana? Lama dia merenung ke arah
itu, tiba-tiba matanya membulat mulutnya terlopong jantungnya seperti telah
berhenti dari berdenyut, dia benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya
sekarang dari sudut yang gelap itu muncul mahkluk yang berjubah hitam bergerak
perlahan ke arahnya,
Kwon Lun mengesut kebelakang dengan keadaan cemas, kakinya menjadi
kaku tidak mampu untuk berdiri, ketakutan benar-benar menghambat jiwanya,
suaranya seperti tercekik di kerongkong. Makhluk berjubah hitam itu begerak perlahan
ke arah Kwan Lun dalam keadaan terapung sejengkal dari lantai, dalam keadaan
yang menakutkan itu sekali lagi Kwan Lun di kejutkan sesuatu, pada bayang gelap
itu kini muncul seorang wanita yang berambut panjang, rambutnya meleret hingga
ke lantai lebih aneh lagi dia tidak berjalan dengan dua kakinya. Dia bergerak
dengan cara merangkak seperti seekor serigala. Walaupun bergerak dengan
‘berkaki empat’ namun pergerakkannya pantas. Perempuan itu bergerak mengekori
Makhluk berjubah hitam itu.
Ketika ini ada sepasang mata yang sedang mengitai dicelah-celah
tingkap di luar kuil kuno itu. Keringat ketakutan membasahi tubuhnya, jika
diikutkan hati mahu sahaja dia menjerit dan berlari namun dia tidak sampai hati
melihat Kwan Lun keseorangan menghadapi situasi bahaya itu.
Makhluk berjubah hitam kini berdiri lima langkah dari Kwan Lun.
Walaupun Kwan Lun tidak dapat melihat dengan jelas wajah mahkluk tersebut
kerana ditutup hud baju labuhnya Kwan Lun yakin makhluk itu sedang merenungnya,
dengan tidak semena-mena makhluk berjubah hitam itu mengangkat tangannya seperti
mencekik sesuatu lalu ditarik tangannya dengan kuat seperti menarik sesuatu
ketika inilah sepasang mata yang sedang mengintai di luar kuil kuno itu
terhumban ke dalam bilik tersebut
melalui tingkap,terseret dihujung kaki Kwan Lun, Hongyu! jerit Kwan Lun hatinya
kini lebih cemas, nyawa adik perempuannya kini dalam bahaya. Fikiran Kwan Lun
yang tadinya seperti terbejat kini sudah mampu berfikir, dia lebih bimbang
keselamatan adik kembarnya daripada nyawanya sendiri.
Makhluk berjubah itu mula tertawa. Tawanya yang perlahan semakin
lama semakin kuat. “Tidak ku sangka seorang abdi yang aku harapkan kini aku
beroleh dua.”
“Siapa kamu? Apa mahu mu, lepaskanlah adikku.” Rayu Kwan Lun
kepada Makhluk berjubah hitam itu.
“Akulah Ermo Penguasa
Dunia Kegelapan.”
“Kau tahu mengapa
guru kau mati dalam keadaan begini, Jerit Ermo kepada Kwon Lun.
“Tidak tahu, aku
tidak tahu. Guru ku tidak pernah mempunyai musuh sebelum ini. Jawab Kwan Lun
dalam nada yang terketar-ketar.
“Ha! Ha! Ha! Ya, guru
mu memang orang baik-baik, ketika mengucapkan kata kata manis ini Ermo
mempamerkan senyuman yang terselit satu yang bersifat jahat.
“Aku ingin kembali
jiwa yang mengikat janji dengan ku!” Jerit Ermo dengan nada yang marah,
disebalik hud yang menutup wajahnya bersinar api dari sepasang matanya.
“Jiwa,? Jiwa.. apa
maksud mu.? Apa kena mengenanya aku dalam hal ini dan mengapa guru ku juga
terlibat dalam hal ini.” Jawab Kwan Lun dalam keadaan takut bercampur keliru.
Beribu persoalan
bersimpang siur di benaknya kini.
“Dasar manusia
jahanam! Apakah kau mahu lihat aku robek jantung adikku mu.” Ermo mula
mengugut Kwan Lun.
Jangan! Jangan.
Katakanlah apa yang perlu aku lakukan tapi lepaskanlah adik ku.
Ha ha ha...baiklah ha
ha ha...
Ketawanya Ermo penuh
dengan muslihat dan dendam.
"Aku mahu kembali jiwa
Hei Long, abdi ku yang sangat berbakat dan kematian seorang Melayu, itu sahaja
tugas yang perlu kau lakukan."
"Errr... aku hanyalah
budak suruhan aku hanya berkhidmat pada guruku aku tidak pandai berlawan guru
ku Sami Sam Poo tidak pernah mengajar ku sebarang seni kungfu". ujar Kwan Lun.
"Tidak mengapa, sudah
aku katakan aku Ermo penguasa terhebat dunia kegelapan akan aku kuniakan
kesaktian yang tidak pernah kau bayangkan."
Sungguh kesombongan
Ermo diwarisi dari Iblis laknatullah. Peperangan yang berlaku dilangit tidak
akan selesai sehingga sangkakala ditiupkan.
Sepantas kilat Ermo
mencekik leher Kwan Lun lalu mengangkatnya. Kwan Lun mengelupur kerana sukar
bernafas kakinya menedang-nendang angin tangannya cuba untuk menangkis cekikkan
Ermo namun kudratnya semakin terhakis.
Ketika nyawa-nyawa ikan itulah Ermo
membenamkan kukunya yang panjang ke jantung Kwan Lun dan merentapnya keluar,
darah menyembur di lantai kayu kuil lama itu, mata Kwan Lun terbeliak akibat kesakitan yang di rasainya ketika ini juga makhluk wanita berambut panjang itu
datang lalu menggigit ibu jari Kwan Lun dan menyedut darah yang masih berbaki
dalam tubuh Kwan Lun, urat-urat biru mula timbul dengan banyak di kaki Kwan Lun keasyikannya
makhluk berambut panjang itu menyedut darah Kwan Lun bagai mahu menghilangkan
dahaganya ribuan tahun yang lalu.
Jasad Kwan Lun yang
longlai dilepaskan ke lantai, Kwan Lon terlentang dengan mata yang masih
terbeliak.
Ketawa Ermo kini
bergema-gema menguasai kuil lama itu semakin lama semakin kuat. Bukan sukar
untuk mengalahkan manusia jika mereka dalam keadaan terdesak dan serba salah.
Pasti akan ada yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk terus bernyawa.
Sebelum matahari menyinari kembali banjaran itu, kelihatan jasad Kwan Lun bergerak-gerak...
Sebelum matahari menyinari kembali banjaran itu, kelihatan jasad Kwan Lun bergerak-gerak...
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan