Rabu, 29 Julai 2015

Kota Larangan 3

Semboyan perang telah berbunyi

Hei Long mula mengatur langkah, tangannya di hadapan di genggam kuat. Kakinya melangkah bersilang-silang.

Hang Tuah menepuk tangannya sambil menyedut nafas, zikir gerak mula di dendang di dalam hati, di satukan segala pancaindera dan memohon kepada Allah agar  dibukakan pencaindera ke enam. Masih segar diingatannya pesan Pendeta Persantanala " jangan sekali-kali memandang rendah pada kekuatan lawan kerana itu akan membawa kekalahan dan kehancuran."

Pertarungan bermula Hei Long memulakan serangan. Pukulan tangannya begitu pantas sesekali tujahan sepakan dihantar ke bahagian kepala Hang Tuah. Hang Tuah mula mengatur langkah mengelak. Gerakan kaki yang berjinjit menyebabkan pergerakkan tubuh semakin laju. Buat masa ini belum ada satu pukulan yang hinggap di tubuh.

Hei Long mula terbau kehebatan Laksamana dengan gerakkan yang sebegitu jika penjurit yang lain telah lama tersungkur ke bumi tetapi tidak bagi Laksamana dari Tanah Melayu ini.

Seketika Hei Long menghentikan serangan dipejamkan mata sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Tiba-tiba dia bertempik keras matanya merah seperti biji saga.

Kali ini serangan Hei Long lebih pantas malah tangannya kelihatan berbayang-bayang.  Raut wajah Hang Tuah berubah ketenangannya dalam pertarungan agak tergugat.

Hang Tuah sedaya upaya mengelak serangan tangan yang berbayang itu tangkisan yang di lakukan kadangkala seperti hanya menangkis angin. Dalam keadaan yang agak tidak terkawal itu dua tumbukan padu singgah di dada Hang Tuah. Cepat-cepat Hang Tuah mengurut dadanya dalam bentuk Lam alif terbalik.

Sida-sida dan Huang Di bertempik gembira kali ini serangan Laksamana Hei Long mengenai sasaran namun Maharaja hanya tersenyum sinis beliau belum berpuas hati. Beliau tahu ayam tambatannya itu hanya baru bermula menunjukkan kehebatannya.

Hang Kasturi bingkas bangun dari silanya, raut wajahnya nampak cemas bertapak dia selangkah dua kehadapan untuk melihat dengan lebih jelas apa yang telah berlalu. Kelakuan itu juga mengejutkan Dato Bendahara.

"Apa yang telah berlaku wahai Kasturi.?" Tanya Dato Bendahara dengan nada cemas.

Dengan suara yang perlahan Hang Kasturi menjawab " adapun pihak lawan bermain muslihat Ayahanda, pukulan itu pukulan berbisa."

Dato Bendahara kurang faham dengan penerangan itu dalam hatinya berkata-kata "masakan pukulan biasa itu boleh mendatangkan mudarat pada Laksamana terulung itu,mustahil!."

Hei Long memberhentikan serangan, "sungguh ini di luar jangkaan ku, jika pendekar lain sudah pasti saat ini sudah bermuntahkan darah hidup, telah ramai pendekar-pendekar hebat yang tersungkur dengan pukulan ku ini." Kata Hei Long sambil menggenggam kembali tangannya.

Hang Tuah hanya tersenyum dalam diam Hang Tuah kembali mengatur nafas nya.

Bersambung.....

Sabtu, 25 Julai 2015

Kota Larangan 1


Pagi itu suasana amat tenang sekali kabus bagai malu-malu beredar dari pergunungan. Dari jauh kelihatan Gunung Mao seperti sedang gagah memanjat awan. 

Perjalanan yang jauh lagi berliku telah menyampaikan mereka di sini. Kedatangan yang menggalas titah yang berat mesti dilaksanakan sesempurna mungkin lamun Hang Jebat ketika sedang duduk berehat dengan rombongan di Raja yang lain. “Begitu indah dan menakjubkan taman ini, rekabentuk bunga teratai dicipta menjadi kolam dan tempat duduk malah begitu banyak bunga teratai yang terapung-apung di kolam ini”. Berbisik perlahan Hang Jebat kepada dirinya ketika sedang berehat di Balai Menanti di luar Kota Larangan. 

Namun ketenangannya tiba-tiba menghilang apabila Hang Jebat terasa ada desir angin keruh lagi menggerunkan datang menyapa naluri sufinya. Dari jauh nampak seperti awan hitam mengikuti sekumpulan penunggang kuda berpedati merah.

Sebagai Hulubalang terbilang Melaka Hang Jebat bukan calang-calang orangnya.Hang Jebat sempat berguru dengan Wali Sufi di negeri Acheh satu ketika dulu semasa Kerajaan Melaka menghantar kunjungan persahabatan ke negeri tersebut. Apabila rombongan persahabtan Kerajaan Melaka pulang, Hang Jebat meminta izin sahabatnya, Hang Tuah selaku Laksamana Di Raja untuk tinggal beberapa purnama di sana. 

Ramai yang tidak tahu rahsia tentang dirinya hatta Hang Tuah sendiri. Malah hang Jebat juga pernah bersahabat dengan Laksamana Sunan anak asuhan Wali Sufi yang terhandal itu. Banyak ilmu kebatinan dan agama yang dipelajarinya....(bersambung)

Kota Larangan 2- Dewan Makan Kota Larangan




Angin semilir yang menderu lembut menjadikan suasana terasa dingin tetapi selesa. Kelihatan rambut Hang Tuah separas separas bahu itu terbuai-buai.

Kini dia dan rombongan dari Melaka dijemput ke Dewan tebuka di Istana larangan ini. Kelihatan Mamak Bendahara berkerut seribu keningnya boleh jadi risau dan bimbang kerana Maharaja China ini banyak  muslihatnya.

Suasana sepi tiba-tiba dikejutkan bunyi Gendang yang menandakan kedatangan Maharaja China kesemua sida-sida menunduk rapat ke tanah. Mahu tidak mahu Hang Tuah dan Rombongan dari Melaka juga tunduk membatu.

Kemudian kelihatan Dayang-dayang Istana sibuk mengangkat dan menghidangkan makanan salah satu adab kepada rombongan yang jauh.

Hang Tuah hanya tersenyum sinis melihat makanan di depannya semangkuk nasi putih dan kangkung yang direbus tanpa di potong. Mamak Bendahara hanya memandang dari ekor matanya. "Apa pula muslihat Laksamana kali ini," getusnya di dalam hati.

Kemudian terdengar suara arahan Huang Di menjemput makan, Canselor Maharaja itu ibarat Datuk Bendahara di dalam organisasi dalam Kerajaan Melaka. Saat inilah Hang Tuah menyepit sayur kangkung yang tidak in dipotong disebabkan panjangnya kangkung itu maka Hang Tuah mendongak sambil menyuap sayur itu ke dalam mulut.

Saat itu juga terdengar jeritan dari Huang Di mengarah pengawal Istana menangkap HangTuah. Adalah menjadi satu kesalahan besar dan boleh dihukum bunuh kerana melihat wajah Maharaja tanpa kebenaran. Saat pengawal istana meluru masuk ke dewan makan itu Hang Tuah bingkas bangun bersiap sedia dengan segala kemungkinan.  Wajah Pegawai-pegawai besar istana menjadi pucat tertunduk-tunduk sambil mengesot ke belakang. Tidak berani mengangkat kepala tanpa izin. Datuk Bendahara juga bingkas bangun sambil merenung tajam ke wajah Hang Tuah.

Keadaan menjadi tegang, " Wahai Hulubalang Melaka apakah engkau tidak tahu memandang wajah Maharaja tanpa izin adalah satu kesalahan besar di sini.", Tanya Huang Di dengan perasaan curiga. Dengan tenang Hang Tuah menjawab, "bagaimana dapat aku makan kangkung yang panjang ini dalam keadaan tertunduk begitu." Huang Di terpana tidak dapat menjawab soalan Hang Tuah itu, ya ada benarnya juga kata-kata Hang Tuah itu getus hatinya.

Di atas singgahsana itu Maharaja membisik sesuatu kepada Huang Di. Sejurus itu Huang Di berkata, "Disebabkan anda semua bukan sebarang rombongan Tuanku menarik kembali arahan bunuh ke atas Hang Tuah namun ianya bersyarat. Memandangkan Hang Tuah merupakan Laksamana Perang bagi Kerajaan Melaka maka Tuanku mahu mengadakan pertarungan antara Hang Tuah dan Panglima Perang yang terhandal di Negeri China ini. Jika Hang Tuah berjaya mengalahkannya maka selamatlah nyawanya jika tidak tuan-tuan maklum sendiri."

Hang Tuah mengangguk setuju, namun Datuk Bendahara antara manusia yang paling gusar ketika ini. Gusar bukan kerana jika Hang Tuah hilang nyawanya tetapi gusar jika Kerajaan China memutuskan persahabatan politiknya dengan Kerajaan Melaka.

Di luar kota larangan
--------------------------------------
Rupanya ada satu tempat khas yang di sediakan untuk pertarungan ini,  dari jauh Maharaja dan para sidanya duduk di tempat yang agak tinggi untuk melihat pertarungan tersebut, di sebelah kanan pula seluruh rombongan Melaka di berikan tempat,   Jelas di wajah mereka kelihatan bimbang, bimbang juga nyawa sendiri bakal melayang apakan tidak ini negeri orang, bila-bila sahaja nyawa boleh melayang.

Yang kelihatan tenang hanyalah Hang Kasturi keyakinannya pada Abangnnya Tuah tidak goyah. Masih segar di ingatannya bagaimana Hang Tuah mengamuk di Istana Majapahit tiada seorang pun perajurit Majapahit yang dapat menundukkannya.

"Namaku Hun Jia, aku merupakan Ketua Panglima Perang bagi Batalion Kuda Perang Merah,  dan Maharaja menggelarku Hei Long, Naga Hitam."

Matanya merah merenung Hang Tuah sebentar tadi Naga Hitam baru menanggalkan baju besinya, perlawanan ini biar adil itu sudah menjadi satu etika bagi mana-mana pahlawan. Hang Tuah seperti biasa memakai pakaian lengkap berbusana Melayu.

Sedari tadi Hang Tuah hanya tersenyum walaupun di hadapannya Pahlawan Naga ini seperti Harimau kelaparan.

"Namaku Tuah, Laksamana dari Kerajaan Melaka." Hang Tuah berbicara lembut.

"Semoga tiada siapa yang akan kehilangan nyawa pada hari ini.", lembut Hang Tuah berbicara.

Wajah pahlawan Naga yang berkerut seribu itu,  tiba-tiba berubah riak matanya membulat dengan kening yang terangkat,  nampak benar dia seperti terkejut.

Apakah kau tidak berniat membunuh ku, Tanya pahlawan naga setelah berjaya mengawal dirinya.

"Ya," jawab Hang Tuah pendek

"Bukankah kau tahu perlawanan ini mempertaruhkan nyawa." soal Hei Long. 

"Ya aku tahu dan itu merupakan harapan ku," balas Laksamana Hang Tuah.

Tiba-tiba semboyan perang berbunyi....

Bersambung