Yaaargh! Xue Lang menjerit nyaring lalu
kembali membuat serangan kepada Hang Tuah, Hang Jebat terundur ke belakang,
kelihatan Xue Lang seperti sudah kerasukkan lagaknya. Hang Tuah pantas mengelak
dan kembali bertarung.
Asakan yang kuat menyebabkan Hang Tuah
tersandar pada kerusi kayu di ruang tamu itu. Xeu Lang merasakan ini adalah peluang
keemasan untuk membunuh Hang Tuah,
Xue Lang mengangkat tinggi pedangnya dia
telah mengerah seluruh tenaganya untuk menetak Hang Tuah. Tetapi dengan tidak
semena-mena Xue Lang memberhentikan serangannya secara mendadak dan membuat
lompatan yang pantas ke belakang.
Matanya liar memandang ke kiri dan ke kanan
seperti sedang mencari sesuatu, hidungnya tersiruk-siruk menghidu bau yang
sangat dikenalinya itu. “Mustahil...mustahil” gumam Xue Lang.
“Jahanam nampaknya kau masih hidup!benar-benar
nyawamu memang liat hahahaha”, tiba-tiba Xue Lang ketawa berdekah-dekah.
“Aku mempunyai peluang kedua untuk membunuh
kau” Xue Lang berkata-kata bagaikan orang kerasukan.
Hang Tuah dan Hang Jebat yang berada di
situ juga hairan dengan tingkahlaku Xue Lang. Dalam sekelip mata tumpuan Xue
Lang bukan lagi kepada pertarungan dengan Hang Tuah tetapi dia sedang mencabar
seseorang.
“Keluarlah kau jahanam! aku sudah lama
menanti saat ini, hanya kerana laksamana Melayu yang taat ini menyebabkan aku
terpaksa bermusuhan dengannya, ini semua berpunca daripada kau. Tunjukkanlah
diri kau Naga Hitam!” Xue Lang mula mencabar.
“Naga Hitam, bukankah dia sudah mati?”
tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah
“Ya itulah yang dikhabarkan oleh tiga orang
angkatan perang yang mengiringinya ketika cuba mendapatkan rawatan” Jawab Hang
Tuah.
“Ha! Ha! Ha! Naga Hitam marilah kita
langsaikan dendam yang lama ini, Hari ini antara kita berdua pasti ada yang
akan mati”’ jerit Xue Lang.
Ketika inilah daun pintu rumah Xue Lang
ditolak perlahan oleh seseorang, semua mata memandang ke arah pintu tersebut. Kelihatan
susuk tubuh seseorang dengan wajahnya ditutup sehelai kain, hanya bahagian
matanya sahaja yang kelihatan.
Berkata Xue Lang dengan angkuh “Ha! Ha! Ha!
Kemarilah Hei Long, jangan lagi kau menyamar kerana hidungku ini belum pernah
menipu aku”
lelaki itu kemudian dengan perlahan membuka
kain yang menutup wajahnya.
“Ah! Hei Long...” Hang Tuah yang agak
terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang.
“Bukankah tuan hamba telah dikatakan mati
ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan” Soal Hang Tuah dalam keadaan terkejut.
“Sahabatku Tuah, benar aku sebenarnya telah
mati. Mati dalam rahsia. Apakah maharaja mengetahaui hal ini” balas Hei Long
dengan tenang
“Ya, dan seisi istana telah melakukan
upacara mengingati kematian tuan hamba” jawab Hang Tuah.
“Kalau begitu biarkanlah sehingga masa yang
akan menentukannya” jawab Hei Long.
“Ha! Ha! Ha!Jangan risau Hei Long hari ini
aku akan memastikan kematian kau dan sekali ini kau akan benar-benar mati”
jerkah Xue Lang.
Hei Long dalam keadaan keliru kemudian
bertanya kepada Xue Lang “sungguh aku tidak pasti mengapa kau begitu berdendam
dengan aku, Xue Lang, seingat aku kau tidak pernah aku sakiti, tambahan lagi
kau berada pada posisi lain dalam angatan perang Ming”
Kata-kata Hei Long sebenarnya menambah api
di dada Xue Lang “Cis! Manusia yang bongkak seringkali sahaja melupakan
kejahatannya.
Dengan rasa kesal Hei Long berkata, “Sungguh,
kau amat membenci aku serigala salji, Hei Long mengeluh perlahan sambil
menyebut gelaran yang diberikan maharaja kepadanya. Tetapi sehingga saat ini aku
masih belum faham apakah perkara yang sangat kau dendamkan kepada aku. Ya! aku
akui aku manusia yang jahat satu ketika dahulu. Aku ibarat manusia yang
bertopengkan syaitan. Aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan dan aku
ingin menebus segala kesalahan aku. Jika kematianku boleh menghilangkan
kebencian yang sedang bersarang di dalam jiwamu, Xue Lang maka aku sanggup mati
ditangan seorang Komander perang yang terhebat”
“Apa kau masih mahu menghina aku Naga
HItam. Aku mahu kau mati sebagai Hei Long, sebagai Jeneral yang gagah, bukan
sebagai seorang pengecut yang menyerah diri” jawab Xue lang dengan berang.
“Bersiap sedialah Hei Long hari ini antara
kita berdua pasti akan ada yang menjadai mayat”, Serigala Salji sudah mula
membuka langkah kungfunya tangannya digenggam keras.
“Jika itu yang kau mahukan serigala salji.
Aku Hei Long si Naga Hitam menyahut cabaran ini” kali ini Hei Long menjawab
dengan nada keras. Semangat Naga Hitam telah kembali menyarung dirinya.
Serigala Slji memulakan serangan tangannya
laju membuat tumbukan ke arah Naga Hitam. Hang Tuah dan Hang Jebat yang melihat
situasi itu tergamam seketika, masing-masing sedang memikirkan apakah langkah
terbaik untuk menyelesaikan persengketaan ini. Kedua-dua mereka adalah sahabat
bagi mereka berdua. Malah lebih daripada itu mereka adalah saudara seIslam.
Yang pasti kedua-dua hulubalang Tanah Melayu
ini tidak jelas apakah api sengketa yang berlaku antara mereka berdua....