Selasa, 27 Jun 2017

Harimau Putih

" Abang Tuah, kalau sudah sampai ajal ku di sini kebumikan sahaja jasad ku di bumi lingkaran naga ini"

"Bertahan Jebat" Rayu Hang Tuah.

"Abang Tuah bisa gadis bertubuh ular itu nampaknya bukan sebarang bisa. Aku terasa ianya sudah menjalar di pembuluh darah ku ini"

Bertahan Jebat aku akan tawarkan racun ini.

Sebentar tadi  gadis berkaki ular yang bewarna putih tadi tewas di tangan Hang Jebat namun pertarungan yang berat sebelah tadi benar-benar melelahkan Hang Jebat. Sebelum Hang Jebat menikam mati Bai She. Mereka bertiga sempat melancarkan serangan serentak ketika serangan bertali arus Hang Jebat di belit kuat oleh Hong She waktu inilah Bai She mencakar perut Hang Jebat dan sempat mengigitnya di bahagian bahu.

Darah membuak dari perut dan bahu Hang Jebat lebih parah racun gigitan tersebut mula menjalar di dalam badannya.

Saat Hang Tuah sedang cuba untuk menawarkan racun ular jelmaan tersebut.

Ketika ini muncul seekor Harimau putih yang besarnya separas pinggang Hang Tuah lebih mengejutkan dia sedang menyeret tubuh Ching She gadis ular berkaki putih yang telah kehilangan nyawanya.

Melihat sahaja Hang Jebat dalam keadaan luka parah Harimau putih tadi mengaum kuat lalu merentap kepala Ching She dan mencampaknya ke tanah, lalu dia berlari kencang ke arah Hang Jebat yang sedang berada dalam pangkuan Hang Tuah.

Melihat keadaan yang genting ini Hang Tuah pantas memegang hulu Taming Sari. Namun saat Hang Tuah ingin merentap senjata yang digeruni itu,Hang Jebat pantas memegang pergelangan tangan Hang Tuah menyebabkan keris Taming Sari tidak dapat dicabut.

"Jangan abang Tuah membunuhnya" rayu Hang Jebat.

Saat ini Harimau putih sudah berada di hujung kaki Hang Jebat.


Sekadar hiasan

Jumaat, 16 Jun 2017

Gadis berkaki ular

Dalam keadaan berbisik Hang Jebat berdoa " Aku bentengkan diriku dengan benteng Laailaha illahlah Muhammad Rasulullah "

Dengan tarikkan nafas yang lembut lalu ditelan akan nafas itu.

Siap siaga-gadis cantik yang entah dari mana ini nampaknya tekad mahu mencabarnya.

Dengan nada yang masih memujuk Hang Jebat masih berlembut " Wahai gadis berkaki ular kita tiada pernah berbuat jahat kepada mu, mengapa mahu berseteru dengan kita"

Ternyata pertanyaan ini membuatnya semakin berang. Sambil meliuk-liuk di hadapan Hang Jebat sesekali lidahnya  menjelir sambil berdesis.
"Belum ada mana-mana lelaki yang keluar dari rumah ini dalam keadaan bernyawa "

Jawab gadis berbadan ular sambil ketawa sinis.

#kotalarangantuah #jebatdracula #novelthriller

P/s: Gambar sekadar hiasan.